BISMILLAH | BLOG USTAZAH YONG

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang ke blog Ustazah Yong. Insya Allah, di sini kita akan buat perkongsian mengenai dunia pendidikan. Actually, lama dah kakyong mikir nak buat blog mengenai duni pendidikan .. in fact kakyong memang  pernah publish dengan nama ' Alahai Anak Murid Ustazah '. Tapi tulah, time tu awal-awal kakyong habis study, kakyong kerja sebagai guru ganti. Konon nak mencoret telatah anak murid. Ada la sikit-sikit kakyong share dalam FaceBook , siap update status guna handset lagi time tu..dia tulis - via Celcom..yang tau je tau..ye lah zaman tu mana ada handphone canggih macam sekarang. end up kakyong delete ja blog tu.. so here i am 2024 wujudkan blog ni pula.

Kakyong ada 2 blog lagi dengan niche berbeza iaitu : MOMMYLIZZ - spesifik untuk perniagaan Shaklee kakyong dan YONG NORLIZA yang dibuat sejak 2010 mostly mengenai pelbagai isu random..banak berkisar diri sendiri dan sekeliling, review itu ini dan apa saja yang kakyong rasa nak menaip. Terimalah blog ke-3 kakyong ini - USTAZAH YONG



template semasa blog ini.. will be changed later :P

So buat masa sekarang, kakyong berniat untuk menggunakan bahasa santai sahaja di blog ini. Kakyong berharap apa yang kakyong share disini menjadi satu medium luahan rasa kakyong di alam pendidikan, dan juga mudah-mudahan menjadi ladang amal dengan segala perkongsian menarik mengenai pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam.


Enjoy !

Post a Comment

0 Comments